HomeUtamaCOVID-19 : Kes Kembali Tinggi, 2 Kluster Baharu Direkodkan

COVID-19 : Kes Kembali Tinggi, 2 Kluster Baharu Direkodkan

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Sabah sekali lagi mencatat peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi selain turut merekodkan dua kluster hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jangkitan kes meningkat sebanyak 126 kes berbanding semalam menjadikan jumlah keseluruhan hari ini sebanyak 675 kes.

“Sebanyak 18 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan 10 daerah mencatatkan peningkatan ketara iaitu Ranau +34 kes, Kota Kinabalu +26 kes, Tuaran +15 kes, Kinabatangan +15 kes, Sandakan +13 kes, Keningau +13 kes, Sipitang +13 kes, Kota Marudu +12 kes, Papar +12 kes dan Putatan +10 kes.

“Sebanyak sembilan daerah lagi mencatatkan penurunan namun hanya dua daerah yang menunjukkan penurunan signifikan iaitu Tawau -23 kes dan Kudat -18 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak dua kluster turut direkodkan hari ini membabitkan kluster komuniti iaitu Klutser Sawit Jati di Kinabatangan dan Kluster Tumbalang di Ranau.

Katanya, saringan bergejala kekal tinggi pada hari ini dengan 258 kes atau 38.2 peratus  daripada kes keseluruhan.

“Kes yang sinonim dengan kes-kes sporadik ini seringkali dikaitkan dengan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.

“Daripada 675 kes hari ini, 442 kes atau 65.48 peratus adalah kes-kes yang berlaku dan didaftarkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Selebihnya adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui,” katanya.

Katanya, kes-kes jangkitan yang dianggap serius kekal rendah dimana jumlah kes dalam kategori 3 seramai empat  orang, Kategori 4 seramai empat orang dan Kategori 5 seramai seorang.

“Kebanyakan kes jangkitan adalah dalam Kategori 2, iaitu 550 orang (81.5 peratus) dan Kategori 1, 109 orang (16.2 peratus).

“Sebanyak tujuh kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya