HomeIsu tempatanAPMM Tahan Bot Penumpang Lebih Muatan, Abai SOP

APMM Tahan Bot Penumpang Lebih Muatan, Abai SOP

Read Time:1 Minute, 8 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau telah menahan sebuah bot tempatan yang membawa penumpang secara berlebihan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot tersebut dikesan bergerak dari Jeti CIQ Tawau menuju ke Pulau Sebatik dengan membawa penumpang berlebihan dan telah ditahan untuk pemeriksaan oleh bot ronda Zon Maritim Tawau yang sedang melaksanakan rondaan Op Sejahtera/Op Cegah PATI Selatan COVID-19 pada kira-kira jam 11.50 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut berdaftar dan telah membawa penumpang melebihi kapasiti yang dibenarkan.

“Bot yang dikendalikan oleh seorang juragan warga tempatan berumur 29 tahun itu membawa seramai 33 penumpang termasuk empat kanak-kanak serta mengabaikan SOP PPN yang masih lagi berkuatkuasa,” katanya.

Bot serta juragan terbabit diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut.

Manakala, kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan disiasat dibawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002 kerana melanggar syarat sah lesen serta turut dirujuk kepada IPD Tawau dibawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar SOP PPN.

Dalam pada itu, orang ramai boleh membuat aduan kecemasan dan menyalurkan maklumat jenayah di perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peniaga kecil, sederhana dipelawa sertai EKSES 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular