HomeUtamaCOVID-19: Kes Jangkitan Sedikit Menurun

COVID-19: Kes Jangkitan Sedikit Menurun

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan sedikit penurunan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 20 kes berbanding semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu hari ini sebanyak 655 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kedudukan jangkitan COVID-19 di Sabah turut tidak banyak berubah.

“Sebanyak 14 daerah mencatatkan penurunan kes dengan lima daripadanya merekodkan penurunan signifikan iaitu Kinabatangan -26 kes, Kota Belud -21 kes, Sandakan -21 kes, Kota Kinabalu -20 kes dan Kota Marudu -16 kes.

“Manakala sebanyak 12 daerah lagi mencatatkan peningkatan dengan enam daerah menunjukkan peningkatan agak tinggi iaitu Tuaran +24 kes, Putatan +18 kes, Tawau +15 kes, Pitas +14 kes, Ranau +11 kes dan Penampang + 11 kes. Semporna kekal dengan catatan sebagaimana semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata saringan kontak rapat dan saringan bergejala terus menjadi penyumbang utama kes-kes baharu di setiap daerah.

Katanya, pada hari ini sebanyak 52.82 peratus daripada jumlah keseluruhan berpunca daripada saringan kontak rapat dan 40.61 peratus lagi berpunca melalui saringan bergejala.

“Sebanyak 418 kes atau 63.82 peratus daripada jumlah kes hari ini merupakan kes-kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Sejumlah 237 kes lagi atau 36.18 peratus  adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tujuh hari,” katanya.

Masidi berkata, kes-kes jangkitan yang dianggap serius kekal rendah manakala jumlah kes dalam Kategori 3 adalah seramai dua orang, Kategori 4 seramai seorang dan Kategori 5 seramai seorang.

“Kebanyakan kes jangkitan adalah dalam Kategori 2, iaitu 568 orang (86.72 peratus) dan Kategori 1, 79 orang (12.06 peratus) manakala empat kes lagi masih dalam siasatan JKNS,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya