HomeUtamaJPKK Perlu Laksana Tanggungjawab Penuh Dedikasi, Jujur, Prihatin, Adil & Ikhlas

JPKK Perlu Laksana Tanggungjawab Penuh Dedikasi, Jujur, Prihatin, Adil & Ikhlas

Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TUARAN: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diseru agar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan dengan penuh dedikasi, jujur, prihatin, adil dan ikhlas.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelantikan mereka menerajui JPKK adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaiknya, bagi mewakili suara rakyat di peringkat akar umbi.

Hajiji (dua dari kiri) menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi JPKK kepada salah seorang penerima di majlis itu.

Katanya, pemimpin JPKK juga perlu sentiasa turun padang untuk mengetahui masalah penduduk di kampung atau mukim masing-masing.

“Jangan jadikan jawatan itu sebagai batu loncatan untuk memikir soal projek semata-mata, sehingga tidak mahu bekerjasama dengan penduduk kampung, termasuk meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Sebaliknya kita perlu peka dengan setiap masalah penduduk kampung dan menyampaikan maklumat berkaitan bantuan kerajaan tanpa pilih kasih,” Ujar Hajiji.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi, Setiausaha dan Biro JPKK bagi DUN N.12 Sulaman di Dewan Seri Sulaman, hari ini.

Seramai 47 Pengerusi JPKK menerima watikah pelantikan mereka iaitu 12 orang dari Mukim Serusup, 14 dari Mukim Indai dan 21 dari Mukim Tambalang.Terdapat penambahan seramai 13 JPKK di beberapa kampung dan mukim.

Hajiji turut menyatakan bahawa pelantikan pemimpin akar umbi termasuk JPKK juga adalah untuk membantu Kerajaan Negeri merealisasikan hasrat, aspirasi dan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bermatlamat memulihkan semula ekonomi dan untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Ia termasuklah membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM1.2 billion untuk membantu rakyat akibat pandemik COVID-19, termasuk bantuan wang tunai RM300 seorang secara one-off, bantuan bakul makanan dan lain-lain”.

“JPKK juga memainkan peranan penting untuk memberi penerangan dan menjelaskan agenda pembangunan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada rakyat di kawasan masing-masing,” tambahnya.

Justeru, Hajiji mahu JPKK menunaikan tugas dengan penuh bertanggungjawab agar rakyat mendapat manfaat daripada setiap bantuan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan, selain memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat sentiasa terjaga.

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasnih Daya, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Johari Saiman, Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sulaman, Murneh Lamsari.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya