HomeIsu tempatanSESB Akan Laksanakan Operasi Penukaran Meter Usang

SESB Akan Laksanakan Operasi Penukaran Meter Usang

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan operasi penukaran meter/jangka usang di premis pengguna seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan secara berperingkat.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor berkata ketika kerja-kerja penukaran dilaksanakan, bekalan elektrik ke premis pelanggan akan terganggu dalam tempoh 5-10minit.

Penukaran jangka elektromekaninal kepada jangka elektronik ini dilaksanakan melalui program Ops Usang melibatkan sejumlah lebih kurang 9000 meter (1 Fasa dan 3 Fasa) yang berusia lebih 15 tahun.

Idris berkata operasi ini akan mula dilaksanakan pada awal November 2021 bermula di kawasan Kota Kinabalu, Papar, Kota Belud, Tuaran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau, Tenom, Keningau, Beaufort, dan W.P. Labuan.

“Pertukaran ini dibuat bagi memastikan setiap penggunaan tenaga di premis pengguna dapat direkodkan dengan lebih tepat dan jitu di samping memastikan bacaan meter dapat dibuat dengan lebih teratur memandangkan terdapat keadaan meter usang ini yang sudah pudar paparannya,” tambahnya.

Menurut Idris lagi, kos pemasangan baru bagi menggantikan meter usang di premis pelanggan ditanggung oleh SESB tanpa mengenakan sebarang caj kepada pelanggan dan penggantian meter akan dijalankan pada hari bekerja dan hujung minggu melalui temu janji pelanggan.

“Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui notis bertulis sebelum penggantian meter dilakukan dan kerja-kerja penggantian meter ini akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh SESB dimana mereka perlu membawa surat pengesahan wakil SESB ketika menjalankan kerja.

“Antara peraturan kerja yang perlu dipatuhi adalah anggota kerja kontraktor tidak dibenarkan untuk memasuki premis pelanggan jika pintu pagar berkunci dan sebagai pilihan proses temujanji perlulah diatur bagi mengatasi halangan tersebut,” jelasnya.

Sebarang pertanyaan dari pelanggan berkaitan perkara in, pelanggan boleh menghubungi talian 15454 dan SESB memohon kerjasama sepenuhnya daripada semua pelanggan yang terlibat bagi memastikan kerja-kerja penukaran meter usang dapat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular