Kerajaan Sentiasa Beri Keutamaan Pembangunan Sabah & Sarawak

Read Time:53 Second

Oleh : ERDIE AB WAHID
[email protected]

KINABATANGAN : Peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan bagi Sabah dan Sarawak merangkumi lebih 20 peratus daripada peruntukan perbelanjaan pembangunan Bajet 2022 yang diagihkan ke negeri-negeri di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan yang sentiasa memberi keutamaan terhadap pembangunan negeri Sabah dan Sarawak.

Katanya, komitmen itu adalah bagi memastikan negeri di bawah bayu dan bumi kenyalang bersama-sama membangun seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

“Peruntukan ini bertujuan bagi melaksanakan pembangunan infrastuktur air, elektrik, jalan raya serta kemudahan pendidikan dan kesihatan yang sekaligus akan merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

“Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian infrastuktur jalan raya yang terancang, sistemarik dan efisien buat Keluarga Malaysia di  Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur: Kinabatangan – Sandakan- Beluran- Telupid disini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.