HomeUtamaMajikan Perlu Tubuh Jawatankuasa Pencegahan Dadah

Majikan Perlu Tubuh Jawatankuasa Pencegahan Dadah

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu semua majikan menubuhkan sebuah jawatankuasa pencegahan dadah di tempat kerja.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini bagi memastikan kakitangan lebih peka dan mempunyai kesedaran tentang penyalahgunaan dadah.

“Saya menyarankan majikan untuk mengambil inisiatif dengan menubuhkan jawatankuasa pencegahan dadah di tempat kerja masing-masing.

“Ini bagi membantu majikan dan kakitangan sama-sama memahami bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 di disini hari ini.

Shahelmey berkata, pelaksanaan ujian air kencing secara berkala juga perlu diusahakan bagi memastikan majikan dan pekerja sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bebas dadah.

Katanya, penyalahgunaan dadah di tempat kerja akan membantutkan kecemerlangan sesebuah organisasi atau syarikat.

“Latihan dan program pencegahan penyalahgunaan dadah di pejabat seperti program gaya hidup sihat perlu dilakukan bagi mewujudkan komuniti bebas dadah sekaligus meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

“Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan produktiviti dan seterusnya membantu meningkatkan sumber ekonomi Negeri Sabah,” katanya.

Terdahulu, program TEKAD merupakan satu usaha pencegahan penyalahgunaan dadah di sektor kerajaan mahupun swasta anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : MUIS jalin kerjasama dengan beberapa universiti bangun HHS...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya