HomeUtama7 Diburu, 7 Lagi Berjaya Diberkas Di Kimanis

7 Diburu, 7 Lagi Berjaya Diberkas Di Kimanis

Read Time:1 Minute, 5 Second

PAPAR – Seramai tujuh tahanan dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kimanis berjaya diberkas semula manakala tujuh lagi sedang diburu polis selepas melarikan diri pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, semua tahanan warga Filipina berusia 22 hingga 43 tahun terbabit melarikan diri melalui bumbung tandas bangunan depoh berkenaan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, selepas menerima laporan berhubung kejadian itu pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setakat jam 10.45 pagi ini, seramai tujuh orang tahanan berjaya ditahan semula kira-kira dua kilometer dari depoh berkenaan.

“Baki tujuh orang masih bebas dan kami percaya mereka masih berada di sekitar Papar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini

Menurut Batholomew, berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kesemua tahanan berjaya melarikan diri dari depoh berkenaan selepas mereka mengumpil atap zink tandas di bangunan terbabit.

“Tahanan berkenaan tinggal di blok tengah dan mereka umpil atap zink tandas lalu memanjat bumbung setinggi hampir dua meter. Kemudian mereka memotong pagar dengan alat pemotong dan melarikan diri. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka berjaya ditahan semula seawal kira-kira jam 5 pagi tadi,” katanya.

Tambah Batholomew, usaha mengesan semua suspek masih dilakukan dengan melakukan sekatan jalan raya di tiga lokasi iaitu Kinarut, Papar dan Bongawan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya