HomeIsu tempatanProgram Menyantuni Rakyat, 10 Keluarga Mendapat Bantuan

Program Menyantuni Rakyat, 10 Keluarga Mendapat Bantuan

Read Time:1 Minute, 26 Second

BEAUFORT: Sebanyak 10 keluarga dari Kampung Nabahan menerima bantuan bakul makanan sempena Program Menyantuni Rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, sumbangan yang disasarkan golongan kurang berkemampuan itu berupaya membantu penduduk kampung yang terjejas pendapatan akibat pandemik.

“Hari ini kita menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 10 keluarga bagi meringankan beban perbelanjaan mereka.

“Selain itu, kita juga akan membantu menaik taraf pengusaha kolam udang galah yang terjejas akibat tanah mendap, ancaman memerang selain tidak mampu membeli makanan ternakan, dan difahamkan, kini hanya dua kolam sahaja beroperasi manakala lapan lagi memerlukan baik pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program itu disini kelmarin yang dianjurkan Pejabat Penerangan Daerah Beaufort dengan kerjasama Pejabat ADUN Lumadan.

Ruslan berkata, kerjasama dengan pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu mengatasi masalah berkenaan melalui tunjuk ajar dan panduan pengurusan projek ternakan udang galah. 

“Kita membawa pihak UMS untuk membuat kajian bagaimana meningkatkan pendapatan di bawah projek Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang bertujuan membasmi kemiskinan penduduk luar bandar.

“Kita juga berharap melalui kajian ini, para penyelidik UMS dapat memberi tunjuk ajar dan panduan yang jelas kepada penduduk kampung dalam pelaksanaan projek udang galah berkenaan,” katanya.

Selain itu, Ruslan juga mencadangkan agar penduduk kampung mempelbagaikan kegiatan ekonomi seperti menawarkan pakej eko pelancongan dengan membawa pelancong melihat monyet belanda dan kelip-kelip menggunakan bot, aktiviti memancing udang galah dan juga perusahaan ikan kering melalui Industri Kecil sederhana (IKS).

Hadir sama pada program itu adalah Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen), Sabah  Nadzerah Abdullah, Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Datuk Matbali Musah, Ketua Kampung Nabahan, Jamil Andul Latiff dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Pembangunan Masyarakat (PKPM) JaPen Sabah, Azman Sipan. – Penerangan

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular