HomeSukanSAFA Sedia Bertemu Rozaimi & Pemain Berminat Sertai Sabah FC

SAFA Sedia Bertemu Rozaimi & Pemain Berminat Sertai Sabah FC

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) sedia dan terbuka untuk mengadakan sebarang perjumpaan dengan semua pemain bola sepak sama ada pemain tempatan mahupun luar yang berminat menyertai pasukan Sabah FC.

Setiausaha Agung SAFA Datuk Jelani Hamdan berkata, mereka yang berminat perlu menjalani proses pemilihan pemain selain perlu memenuhi syarat yang ditetapkan Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee.

Katanya, pihaknya turut menafikan dakwaan kononnya SAFA tidak mempedulikan pemain tempatan yang berminat untuk bermain dengan Sabah FC.

“Saya ingin memberi fokus satu isu yang tular di media sosial mengenai ‘live’ bekas pemain Kedah Darul Aman FC Mohd Rozaimi Abdul Rahman yang dilihat seperti merajuk, kecil hati dan sebagainya.

“Pendirian kita, namun saya tidak mahu mendahului jurulatih tapi buat masa ini kita tidak dapat menerima mana-mana permohonan atau perpindahan ke Sabah FC sehingga selesai Piala Malaysia, apabila selesai nanti barulah kita fikir sama ada akan mengambil pemain baru atau kekal pemain sedia ada.

“Isu kita tidak ‘berminat’ dengan pemain berasal Sabah itu tidak betul, kita terbuka untuk berjumpa semua pemain yang berminat termasuk Rozaimi, kita beri peluang untuk menjalani ujian pemilihan,” katanya kepada media disini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan satu video bekas penyerang Kedah Darul Aman FC Mohd Rozaimi Abdul Rahman yang juga anak tempatan Sabah yang dimuat naik di laman sosial  yang menyatakan kesediaan untuk bermain dengan Sabah FC.

 Jelani berkata, pihaknya tidak boleh mengambil pemain begitu sahaja tanpa melalui prosedur dan kriteria yang ditetapkan oleh Ketua Jurulatih Sabah FC.

“Kita mahu lebih serius, kita terbuka untuk semua anak tempatan apa lagi orang luar pun kita boleh ambil kalau menepati kriteria yang ditetapkan Datuk Ong Kim Swee.

“Secara ringkasnya kita terbuka kepada Rozaimi untuk bersama-sama Sabah FC dengan syarat beliau (Datuk Ong Kim Swee) berpuas hati dan menepati kriteria yang digariskan,” katanya.

Dalam pada itu, Jelani berkata, SAFA juga tidak akan campur tangan dari segi pemilihan pemain dan semuanya tertakluk di bawah kuasa Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.  

“Saya sebagai Pengarah Sabah FC tidak mahu campur tangan, Presiden SAFA dan lain-lain dalam pengurusan, kita bagi kebebasan kepada jurulatih sebab mereka lebih pakar dalam bola sepak,”katanya.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

1 COMMENT

  1. Ketika Rozaimi dibawah pasukan Kedah dahulu memang memberi impak kemenangan,tidak perlu pertikai kemampuan beliau bermain ditengah padang.Saya menonton penuh perlawanannya di Stadium Kedah Darul Aman ketika lawan dengan Selangor.Dahulu semasa zaman saya masih muda dan bermain bola,ramai anak tempatan Sabah yang berpotensi untuk dipilih tapi tidak ada pendedahan SAFA melebarkan pencarian di pelusuk kampung-kampung dan daerah-daerah.
    Saya sarankan SAFA buat pencarian secara menyeluruh ke pelusuk Sabah mencari mereka yang berpotensi di serapkan ke pasukan Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular