HomeIsu tempatanLebih 6 Keluarga Terima Sumbangan Tangki Penyimpanan Air

Lebih 6 Keluarga Terima Sumbangan Tangki Penyimpanan Air

Read Time:1 Minute, 1 Second

TAMPARULI: Lebih enam buah keluarga di Kampung Monggis disini menerima sumbangan berupa sebuah tangki penyimpanan air.

Sumbangan yang disalurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim itu diterima Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Monggis, Naim Dalansu.

Naim berkata, tangki itu digunakan bagi menyimpan air kepada lebih kurang enam keluarga yang tinggal berhampiran.

Katanya, sebelum ini Jahid bersama beberapa pemimpin masyarakat Tenghilan, telah mengadakan lawatan ke Kampung Monggis dan melihat sendiri keadaan tangki rosak di kawasan berkenaan.

TANGKI Air dan paip yang dibeli

Justeru, peluang sempena lawatan tersebut diambil sebaik mungkin bagi membuat permohonan khusus kepada Jahid.

“Terima kasih atas keprihatinan beliau (Jahid) kepada penduduk di kampung kami, sesungguhnya bantuan ini akan memberi manfaat kepada ramai keluarga di sini nanti,” katanya.

Penyerahan sumbangan tersebut dibuat di Pondok Riadah Awam Tamparuli, sempena program Riadah Santai Menteri Bersama Pemimpin Masyarakat Tamparuli, disini hari ini.

Terdahulu, Jahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah mengharapkan sumbangan berkenaan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin penduduk di kawasan tersebut.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, Herman Tunggiging, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datin Malianah Ugau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya