HomeUtama2 Peserta Program Rezeki Tani Terima Bantuan Melalui FAMA

2 Peserta Program Rezeki Tani Terima Bantuan Melalui FAMA

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Dua peserta Program Rezeki Tani Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerima bantuan set peralatan yang diberikan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Penerima masing-masing menerima bantuan set peralatan bernilai RM8,800 dan RM8,400 menerusi Program Jelajah Rezeki Tani Sabah, semalam yang disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Badrul Hisham Mohd.

Penerima bantuan Noriani Roslan mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menjalankan aktiviti perniagaan makanan di gerainya terletak di Kampung Sondoton Baru, menerima bantuan peralatan mesin menggoreng, gas, kanopi 20’x20’ dan peralatan dapur, manakala penerima kedua Ruhaineh Ajak dari Kampung Skim Pamalan Liawan, pula menerima mock cheque untuk peralatan yang dipohon.

Kenyataan yang dikeluarkan MAFI berkata, objektif Program Rezeki Tani adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan peserta melalui projek-projek ekonomi melibatkan aktiviti pertanian dan agromakanan.

Ia bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan-latihan dianjurkan dibawah program ini yang bertujuan untuk membantu mengeluarkan peserta daripada paras kemiskinan.

Badrul Hisham berkata, kerajaan pada hari ini sentiasa komited dalam membantu rakyat untuk keluar dari belenggu kemiskinan dengan menawarkan Program Rezeki Tani di negeri Sabah agar bantuan ini akan dapat mengubah nasib hidup peserta dengan berkat usaha dari mereka dan juga bimbingan dari jabatan dan agensi dibawah MAFI.

“Keutamaan bantuan diberi kepada golongan miskin serta isi rumah berpendapatan atau pendapatan per kapita tidak melebihi RM650. Jumlah bantuan maksima adalah bernilai RM10,000 iaitu dalam bentuk pemberian in-kind dan latihan mengikut keperluan projek peserta,” katanya.

Badrul Hisham mengetuai delegasi MAFI mengadakan lawatan kerja ke Sabah selama dua hari.

Menerusi lawatan ini beliau dan pasukan turut mengadakan perbincangan bersama Peguam Besar Negeri Sabah berkaitan pemerkasaan industri nanas, selain Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Industri Seaweed Sabah yang membincangkan seaweed sebagai sumber kekayaan baharu dan menghadiri Majlis Penutup Taklimat Pengenalan Teknologi Penanaman

Nanas.

Melalui kursus ini peserta diberikan taklimat berkaitan Peningkatan Kapasiti dan Pemindahan Teknologi dalam penanaman nanas oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Penggunaan teknologi canggih atau Internet of Things (IoT) selaras dengan pembangunan Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) yang dirangka menerusi Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Putrajaya.

Penerapan elemen teknologi dalam penanaman nanas adalah penting kerana ianya dapat mengurangkan kos penanaman disamping meningkatkan produktiviti hasil pertanian.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular