HomeUtamaArkib Sabah Perlu Relevan Sebagai Gedung Ilmu

Arkib Sabah Perlu Relevan Sebagai Gedung Ilmu

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Arkib Negeri Sabah perlu relevan sebagai sebuah gedung ilmu yang boleh diakses melalui kemudahan internet.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentabiran), Datuk Masnah Matsalleh berkata perubahan tersebut perlu dibuat selaras dengan Hala Tuju Kerajaan Digital.

“Masyarakat umum terikat dengan media sosial yang sedikit demi sedikit kebergantungan kepada bahan bercetak seperti buku, majalah, surat khabar dan bahan bercetak yang lain menjadi semakin berkurangan. 

“Arkib Negeri Sabah ibarat sebuah gedung ilmu, tempat di mana para pelajar, para penyelidik dan generasi akan datang merujuk serta membuat penyelidikan.

“Dengan adanya internet yang menjadi pencetus revolusi pencarian maklumat, Arkib Negeri Sabah perlu membuat perubahan segera dan drastik agar kekal relevan sebagai sebuah gedung ilmu untuk masyarakat yang boleh diakses di mana-mana sahaja.

“Ini bersesuaian dengan Halatuju Kerajaan Digital berlandaskan Konsep 5A iaitu Accessible By Anyone, Anywhere, Anytime By Any Mobile Device.

“Jabatan ini memainkan peranan yang amat penting dalam menyimpan dan memelihara khazanah negeri Sabah yang terdiri daripada rekod-rekod dan arkib-arkib bernilai yang merupakan legasi negeri”, ujar beliau.

Masnah mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) dalam Majlis Pelancaran buku KY Mustafa Pictorial Collection di Balai Mat Salleh anjuran Jabatan Arkib Negeri Sabah, hari ini.

Buku tersebut merupakan karya fotografi, Datuk KY Mustafa yang dikumpul sejak zaman persekolahannya.

Hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah,Majella Tan Marquez./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular