HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Rekod Satu Lagi Kluster Libatkan Pelajar Asrama

COVID-19 : Sabah Rekod Satu Lagi Kluster Libatkan Pelajar Asrama

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu lagi kluster baharu melibatkan pelajar yang tinggal di asrama sekolah di daerah Tenom hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, indeks kes yang dinamakan sebagai Kluster Mantailang Atas itu merupakan seorang pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenom.

“Indeks kes Kluster Mantailang Atas adalah seorang pelajar yang tinggal di asrama SMK Tenom yang didapati positif COVID-19 setelah menjalani saringan pada 13 November lalu.

“Saringan kontak rapat dikalangan rakan sekelas, rakan asrama dan keluarga kontak rapat mendapati seramai 15 orang lagi telah dijangkiti COVID-19 setakat ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah jangkitan COVID-19 di Sabah tidak banyak berubah dengan kedudukan semalam dimana sebanyak 543 kes direkodkan hari ini tambahan dua kes daripada sebelumnya.

Katanya, Kota Kinabalu terus menjadi penyumbang utama kes-kes baharu di Sabah dengan 120 kes, 27 lebih banyak daripada semalam.

“Ranau dan Tuaran masing-masing mencatat 51 kes baharu. Hanya Penampang (40 kes) yang mencatat penurunan yang agak besar dengan -20 kes.

“Turun naik kes di daerah-daerah lain adalah pada skala yang kecil. Semporna dan Kalabakan tidak mencatat kes baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, jumlah pesakit yang mengalami kesan serius akibat jangkitan COVID-19 kekal rendah.

Katanya, daripada 543 kes yang dilaporkan hari ini, cuma seorang pesakit dalam Kategori 5, lima orang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 3.

“Bagi kes-kes jangkitan yang dianggap ringan, 466 orang pesakit atau 86 peratus adalah dalam Kategori 2 dan 65 pesakit atau 12 peratus adalah dalam Kategori 1.

“Kes yang melibatkan enam pesakit masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Berdasarkan kes harian di Malaysia pada 18 November, jangkaan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0 / RT bagi seluruh negara ialah 1.02 dan bagi negeri Sabah 0.97,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya