HomeIsu tempatanKerjasama DBKK & Penduduk Tingkat Pembangunan Ekonomi

Kerjasama DBKK & Penduduk Tingkat Pembangunan Ekonomi

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan penduduk setempat perlu terus terjalin dalam meningkatkan pembangunan sosial dan ekonomi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata kerjasama ini penting bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa dibantu dan terbela seiring dengan visi KK Moving Forward iaitu Kota Kinabalu Sejahtera.

“Kerjasama bersama agensi lain seperti Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) juga perlu seiring dengan pembangunan di kawasan luar bandar tersebut. 

“Dengan itu, Pembukaan Tamu Lokal Kampung Darau Laut antara bukti kerjasama DBKK bersama agensi-agensi dan penduduk kampung dalam usaha meningkatkan sumber ekonomi dan pendapatan penduduk kampung ini,” katanya selepas merasmikan Pembukaan Tamu Lokal  Kampung Darau Laut, disini hari ini.

Abidin yang juga merupakan Menteri Yang bertanggungjawab Kepada DBKK berharap agar tamu itu dapat menjadi platform terbaik untuk masyarakat setempat memasarkan hasil jualan sekaligus mengangkat ekonomi di suburban seiring dengan pembangunan Kota Kinabalu.

Tamu Kampung Darau Laut melibatkan seramai 30 penjaja dan beroperasi di Halaman Pusat Komuniti Desa Kampung Darau pada setiap hari Ahad dari 6 pagi hingga 1 petang.

Hadir sama, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.17 Darau, Nurfarahin Datuk Jumat./Penerangan- 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peniaga kecil, sederhana dipelawa sertai EKSES 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular