HomeIsu tempatan21 Kampung Terima Bantuan Bakul Makanan

21 Kampung Terima Bantuan Bakul Makanan

Read Time:1 Minute, 41 Second

TAMPARULI: Sebanyak 400 bantuan bakul makanan diagihkan kepada 21 buah kampung di daerah ini dan Kiulu sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Program CSR itu dianjurkan Kelab Kebajikan Raisul dan Kelab Komuniti Mitatabang di sini, hari ini.

Daripada jumlah bantuan bakul makanan itu, sebanyak 150 bakul makanan disumbangkan di Tamparuli, manakala selebihnya sebanyak 250 lagi di Kiulu.

Bagi kawasan Tamparuli, Kampung Wangkod, Madang dan Gayaratau telah terpilih sebagai lokasi program berkenaan.

Di Kampung Wangkod, sebanyak 50 bakul makanan disampaikan, Kampung Madang 53 bakul, dan Kampung Gayaratau 47 bakul.

Turut bersama sepanjang program di tiga kampung tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Jahid berkata, semangat sukarela kedua-dua NGO berkenaan amat dihargai, sebagai nilai tambah kepada usaha-usaha yang dibuat kerajaan bagi membantu golongan yang terkesan akibat COVID-19 dan bencana alam di peringkat daerah.

“Saya difahamkan mereka yang terpilih hari ini adalah daripada golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas, orang sakit dan penduduk kurang berkemampuan.

“Syabas dan tahniah kepada anak-anak muda yang telah mengambil inisiatif mulia ini, semoga memberi manfaat kepada semua golongan sasar mereka.

“Bagi pihak kepimpinan negeri, khususnya di kawasan Tamparuli, kami ingin berterima kasih kepada kedua-dua NGO ini kerana sudi berbakti bagi membantu masyarakat kampung yang memerlukan,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, yang juga Pengerusi Kelab Kebajikan Raisul, Assalam Datuk Sulaiman Omar, Pengerusi Komuniti Mitatabang, Dr. Bonaventure Boniface, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Sementara itu, Dr Bonaventure memberitahu, kedua-dua NGO tersebut terdiri dalam kalangan belia dan golongan dewasa, yang bergabung tenaga sebagai sukarelawan bagi membantu golongan memerlukan.

Bagi Assalam pula, pihaknya amat berbesar hati kerana selain dapat membantu penduduk memerlukan, mereka juga berpeluang menimba pengalaman melawat ke pelbagai kawasan-kawasan baharu di Tamparuli dan Kiulu.

Mewakili semua penerima ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Wangkod, Jefanus Jamin, Pengerusi JPKK Kampung Madang, Claudius Maikol, Ketua Kampung Madang, KK Dosni @ Mathius Sabiau dan Pengerusi JPKK Kampung Gayaratau, Johari Kuruak.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya