HomeUtamaCubaan Seludup Minyak Petrol Dipatahkan

Cubaan Seludup Minyak Petrol Dipatahkan

Read Time:1 Minute, 44 Second

SEMPORNA : Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan minyak petrol di perairan Pulau Bohayen disini semalam.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, penyeludupan itu berjaya dikesan hasil operais rondaan yang dijalankan pad ajam 6.15 petang selepas pasukan operasi mengesan sebuah bot laju di kawasan berkenaan.

Katanya, bot laju yang dikesan pasukan Viper 02 dan Tim Quick Reaction Force (QRF) segera dipintas untuk pemeriksaan selepas berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan terdiri daripada dua awak-awak lelaki membabitkan seorang warganegara Filipina berusia 50 tahun dan seorang warga tempatan berusia 24 tahun.

“Pemeriksaan turut mendapati dua individu berkenaan tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Abdul Karim berkata, turut ditemui sebanyak 29 tong minyak berkapasiti 35 liter/tong yang berisi minyak petrol berjumlah 1,015 liter berada di dalam bot berkenaan.

Katanya, hasil keseluruhan nilai rampasan adalah dianggarkan bernilai RM 17,725 manakala bot tersebut ditahan atas kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan minyak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga awak-awak bot tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot laju tersebut telah ditunda ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dan awak-awak bot tersebut kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bagi membuat laporan polis.

“Mereka seterusnya dibawa ke Hospital Semporna bagi melaksanakan ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan semula kepada pihak IPD Semporna bagi siasatan lanjut oleh PDRM.

“Kerjasama yang erat di antara ATM, ESSCOM, PDRM, KKM dan PPM berada di tahap yang terbaik di dalam usaha menjamin keselamatan di Perairan Pantai Timur Sabah.,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Karim bin Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 dan Tim QRF atas kejayaan tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa Operasi di bawah naungan ATB 2 sentiasa dilaksanakan bagi memastikan keselamatan persempadanan negara selamat melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op BENTENG BERSAMA di Perairan Pantai Timur Sabah.

“Anggota tentera yang beroperasi sentiasa dalam keadaan siap siaga dan memiliki keupayaan operasi yang optimum dalam menangani cabaran keselamatan serta lain-lain ancaman sepanjang masa,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular