HomeUtamaLapan PBT Di Sabah Meterai MoU Laksana CIPM

Lapan PBT Di Sabah Meterai MoU Laksana CIPM

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan ‘System Communication Infrastructure Permit Management (CIPM) di negeri ini.

Pemeteraian MoU diantara Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan  (KKTP) Sabah dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu disaksikan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih disini semalam.

Isnin berkata, perjanjian itu adalah bagi memantapkan lagi sistem sedia ada di setiap PBT selain mengurangkan ketirisan pada pendapatan PBT di negeri ini.

Katanya, melalui penggunaan sistem itu ianya akan dapat memastikan struktur menara yang didirikan oleh pihak penyedia perkhidmatan mempunyai kelulusan daripada PBT serta dapat mengenal pasti struktur telekomunikasi yang beroperasi tanpa permit yang sah.

“Penggunaan sistem CIPM itu juga bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan dan kelulusan pembaharuan permit prasarana telekomunikasi oleh PBT dan pemilik prasarana telekomunikasi di masa akan datang.

“Di samping itu, ianya juga dapat memperkukuhkan tadbir urus dan sistem penyampaian kerajaan melalui perkhidmatan teknologi digital dan secara dalam talian bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir menyaksikan Pemeteraian MoU CIPM antara KKTP Sabah dan MCMC bersama lapan PBT yang terlibat disini semalam.

Isnin berkata, melalui penggunaan sistem CIPM juga, ia akan membantu dalam melancarkan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Katanya, dengan maklumat tepat mengenai infrastruktur digital di negeri Sabah, usaha untuk menambah baik kawasan yang tidak mempunyai liputan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Bagi fasa pertama ini, sebanyak lapan PBT telah dikenal pasti untuk menjadi ‘proof of concept’ bagi pelaksanaan penggunaan sistem CIPM di negeri Sabah.

Antara PBT yang terlibat bagi fasa pertama ini adalah Majlis Perbandaran Tawau, Majlis Perbandaran Sandakan, Majlis Daerah Penampang, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Keningau, Majlis Daerah Beaufort dan Lembaga Bandaran Kudat.

Bagi fasa seterusnya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dijangka akan menandatangani MoU CIPM bersama MCMC pada bulan Disember 2021.

Manakala 18 PBT lagi dijangka akan menyusul untuk menandatangani MoU berkenaan pada suku kedua 2022.

Dengan ini, Sabah menjadi negeri kesembilan yang akan menggunakan sistem CIPM selepas Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular