HomeIsu tempatan56 Rumah Setinggan Bakau Likas Diroboh

56 Rumah Setinggan Bakau Likas Diroboh

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 56 buah rumah setinggan yang didiami oleh warga asing di kawasan yang dikenali sebagai Setinggan Bakau Likas telah dirobohkan dalam satu operasi yang dijalankan bersama beberapa jabatan penguatkuasaan tempatan di sini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pihak yang terlibat dalam Op Roboh selama empat hari bermula pada 23 November hingga 26 November 2021 tersebut ialah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan DBKK (JP DBKK) bersama pihak PDRM, Jabatan Tanah & Ukur (JTU), Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Suruhanjaya Tenaga.

Menurut Noorliza, sebelum Op Roboh ini diadakan, kawasan tersebut telahpun dibanci oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKK pada bulan Februari awal tahun ini dan didapati terdapat 267 buah rumah kesemuanya yang mana 56 daripadanya didiami oleh warga asing.

Hasil daripada bancian tersebut Notis Arahan Meroboh dan Mengalihkan Struktur di bawah Undang-undang Kecil (Bangunan) DBKK, 1951 telah disampaikan kepada penghuni-penghuni 56 buah rumah tersebut pada 22 Mac tahun ini iaitu lapan bulan yang lalu.

“Dalam operasi ini pihak PDRM membantu membuat kawalan keselamatan sepanjang operasi dijalankan manakala JTU membantu operasi merobohkan struktur-struktur haram.

“Pihak JANS dan SESB pula mengambil tindakan memotong penyambungan haram air dan elektrik. Operasi ini akan diteruskan di kawasan-kawasan setinggan yang lain di kawasan Kota Kinabalu,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular