HomeUtamaProjek SSLR Hasil Kajian Dilaksanakan 2007

Projek SSLR Hasil Kajian Dilaksanakan 2007

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Pembinaan jalan alternatif menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara jiran, Brunei Darussalam merupakan hasil kajian yang dilaksanakan pada 2007 yang lalu.

Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) itu melibatkan jarak melebihi 300 kilometer dengan kos keseluruhan sebanyak RM4.5 bilion.

Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia dalam satu kenyataan berkata, mengambil kira kos projek yang tinggi, pembinaan projek itu perlu dilaksanakan secara berperingkat.

KKR berkata, bagi fasa pertama, projek ini telah diluluskan dari Agensi Pusat pada tahun 2019 iaitu dalam Rolling Plan ke-3 RMKe-11, dengan siling peruntukan keseluruhan fasa satu sebanyak RM1.2 bilion.

“Fasa 1 SSLR melibatkan pembinaan jalan piawaian JKR R3 dari bandar Lawas ke persimpangan Long Lopeng sepanjang 77km.

“Ia telah diawad secara runding terus kepada Samling Resources Sdn. Bhd. pada bulan September 2021 lalu dengan harga kontrak sebanyak RM1.13 bilion.

“KKR ingin memaklumkan projek ini tidak termasuk dalam kategori projek JANAWIBAWA iaitu Agenda Program Memperkasa Kontraktor Bumiputera Berwibawa sebagaimana didakwa oleh Ahli Parlimen Sepanggar,” kata kenyataan itu disini hari ini.

KKR menyatakan demikian bagi memberi penjelasan berhubung isu projek SSLR yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sepanggar semasa sesi perbahasan Bajet 2022 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada 25 November lalu.

Keputusan untuk menganugerahkan projek ini secara rundingan terus kepada syarikat berkenaan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada Januari 2020.

Keputusan itu juga adalah berdasarkan persetujuan mantan Perdana Menteri ke-7 dan mantan Perdana Menteri ke-8 lanjutan daripada perakuan oleh mantan Menteri Kerja Raya.

Pemilihan Samling Resources Sdn Bhd iaitu syarikat subsidiari Kumpulan Samling telah dibuat oleh Kerajaan berasaskan kepada pertimbangan faktor harga yang kompetetif dan pengalaman kerja serta kemudahan urusan logistik yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

Mengenai penglibatan Kimlun Sdn Bhd dalam projek ini, KKR ingin memaklumkan ia merupakan Sub Kontraktor Dinamakan (NSC) yang dilantik oleh kontraktor utama (Samling Resources Sdn Bhd) untuk skop kerja-kerja pembinaan dengan harga sebanyak RM780 juta.

Harga subkontrak tersebut tidak termasuk kos-kos lain dalam pelaksanaan projek seperti kos pengambilan balik tanah, pengalihan utiliti, kos juru perunding dan lain-lain kos sampingan.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya