HomePolitikKepimpinan GRS Perlu Bersikap Telus & Ikhlas

Kepimpinan GRS Perlu Bersikap Telus & Ikhlas

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu didaftarkan secara sah dan dibentuk selaras dengan hasrat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang lalu selain ia memenuhi aspirasi rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Raimie Unggi berkata, kepimpinan GRS juga perlu bersikap telus dan ikhlas dalam menjalin kerjasama menerusi gabungan itu.

“UMNO Sabah mahu kepimpinan GRS mahupun rakan parti dalam gabungan itu perlu sentiasa bersikap telus dan ikhlas bagi menjayakan kerjasama antara parti yang terlibat.

“Ini kerana landskap politik  ketika ini masih tidak stabil.  Kita (UMNO Sabah) tidak mahu kerjasama dalam gabungan ini hanya baik di meja rundingan namun berlaku sebaliknya apabila tiba Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Cawangan UMNO Kampung Labau Sepanggar disini baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan.

Raimie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata, pakatan parti dalam GRS perlu dilihat secara telus dan ikhlas dalam menjalin kerjasama yang muafakat.

“Kita tidak mahu bila dimeja rundingan semua baik tetapi bila sampai PRU-15 parti dalam GRS akan bertembung sesama sendiri seperti yang berlaku pada PRN-16 yang lalu.

“Justeru UMNO Sabah harus mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku di PRN-16 yang lalu dan PRN-15 Melaka baru-baru ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Raime menekankan kepentingan untuk memperkasa lagi UMNO negeri di peringkat akar umbi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Makan Tahun Kadayan Sabah jana pendapatan kepada peniaga, usahawan

1 COMMENT

  1. Umno sabah perlu berhati2 menilai baik buruk nya, jangan sekali termasuk perangkap orang2 berkepentingan. Yang cuma mahu melihat umno sabah berlaga dengan umno pusat dan akar umbi sendiri. Umno sabah perlu lihat yang ramai jika tidak mahu salah langkah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular