HomeUtamaKPDNHEP Sabah Catat Rampasan Lebih RM1.6 Juta

KPDNHEP Sabah Catat Rampasan Lebih RM1.6 Juta

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah telah menjalankan 94,239 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di seluruh Sabah sepanjang tahun ini.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, dari jumlah pemeriksaan itu sebanyak 1,133 tindakan kes telah dihasilkan di bawah pelbagai kesalahan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP dengan nilai rampasan berjumlah RM1,634,181.

Katanya, kutipan kompaun sepanjang tahun ini pula adalah sebanyak RM133,800 manakala jumlah denda bagi kes yang dituduh dan disabitkan kesalahan di mahkamah adalah sebanyak RM345,000.

“Bagi tahun ini, kementerian telah mengeluarkan sebanyak 99 notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 kepada peniaga.

“Sebanyak 1,403 premis telah diperiksa di bawah OPS Pasar 2021 bagi barangan Telur Ayam, Ayam, Sayur-sayuran dan Daging Lembu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Georgie berkata, kementerian juga telah menerima sebanyak 1,333 aduan sepanjang tahun ini dan 1,306 (97 peratus) daripada jumlah aduan tersebut telah pun disiasat.

Katanya, di antara aduan tertinggi yang diterima adalah aduan mengenai harga sebanyak 519 aduan, transaksi atas talian sebanyak 372 aduan dan perkhidmatan yang mengelirukan sebanyak 165 aduan.

“Kerjasama erat KPDNHEP Sabah dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Polis terutamanya Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am dan Angkatan Tentera Malaysia pada tahun ini telah banyak membantu dalam usaha kementerian ini membanteras percubaan penyeludupan barang-barang kawalan.

“Antaranya seperti gas petroleum cecair, minyak masak bersubsidi, tepung gandum, gula, petrol RON95 dan diesel keluar ke negara jiran,” katanya.

Katanya, ini terbukti apabila KPDNHEP Sabah telah mengendalikan siasatan dan pendakwaan ke atas 64 kes serahan dengan nilai rampasan berjumlah RM817,393 yang diterima daripada agensi-agensi penguatkuasaan tersebut.

“KPDNHEP Sabah akan sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan agensi-agensi penguatkuasaan agar tindakan penguatkuasaan berterusan serta lebih efektif dilaksanakan di kawasan-kawasan perairan dan sempadan negeri Sabah.

“Para peniaga dan pengguna di Sabah juga telah memainkan peranan masing-masing dari segi pematuhan etika perniagaan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kementerian ini di samping menjalankan tanggung jawab sebagai pengguna yang berhemah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya