HomeUtamaMUTIARA GRS Turut Berperanan Membantu Kebajikan Rakyat

MUTIARA GRS Turut Berperanan Membantu Kebajikan Rakyat

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), di Pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Rombongan MUTIARA GRS itu diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datin Seri Juliah Salag, yang juga isteri Ketua Menteri.

Yang turut hadir ialah Naib Yang Dipertua I, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin; Naib Yang Dipertua II, Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan dan Naib Yang Dipertua III merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit.

Dalam kunjungan hormat itu, Ketua Menteri meminta semua ahli MUTIARA GRS turut membantu khususnya dalam aspek kebajikan rakyat di negeri ini.

“Sebagai Isteri kepada wakil rakyat di negeri ini, semua memainkan peranan untuk membantu penduduk di kawasan masing-masing sama ada dalam aspek kebajikan atau ketika ditimpa bencana,” katanya.

Sementara itu, Juliah berkata antara tujuan kunjungan hormat ialah untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa MUTIARA GRS kepada Ketua Menteri selain memaklumkan mengenai aktiviti pertubuhan berkenaan.

“Kami juga berbesar hati melantik Ketua Menteri sebagai penasihat MUTIARA GRS,” katanya.

Ahli jawatankuasa MUTIARA GRS yang turut hadir ialah Setiausaha Kehormat, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi; Bendahari Kehornat, Datin Malianah Ugau; Penolong Setiausaha Kehormat, Datin Maria C Omamalin-Angin: Penolong Bendahari Kehormat, Datin Wahidah Mardiana Norsalim; Pengerusi Biro Rumah, Datin Florence Malangkig; Pengerusi Biro Pendidikan, Datin Salina Mohd Usman; Pengerusi Biro Agama, Datin Lenny Natasha Tan Sri Musa; Pengerusi Biro Lawatan, Datin Halida Bahad dan Pengerusi Biro Pelita dan Seranta, Datin Faridah Mohd Ismail.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya