HomeUtamaKPLB Peruntukkan RM1.25 Bilion Untuk Pembangunan Sabah

KPLB Peruntukkan RM1.25 Bilion Untuk Pembangunan Sabah

Read Time:1 Minute, 11 Second

PAPAR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sejumlah RM1.25 bilion bajet untuk pembangunan negeri Sabah tahun hadapan (2022).

Menurut menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid, jumlah itu meningkat 6.25 peratus berbanding peruntukan tahun 2021.

“Saya ingin memaklumkan bahawa kelulusan bajet pembangunan prasarana untuk negeri Sabah tahun 2022 adalah RM1.25 bilion dan semua sekali termasuk 248 projek yang Insha Allah akan dilaksanakan pada tahun 2022,” katanya pada sidang media selepas simbolik pelancaran Pasukan Bergerak Vaksinasi KPLB/MARA Liner/PKD Papar Wheel RAVO di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Mohd Tamin Zainal, ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Pengarah KPLB Sabah, Johar Julasbi.

Tambah Mahdzir, KPLB memfokuskan kepada empat pembangunan prasarana di Sabah iaitu Jalan Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Baik Pulih serta Bina Baru Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Ditanya mengenai belanja peruntukan tahun 2021 bagi Wilayah Sabah, Mahdzir berkata sebahagian peruntukan itu tidak dapat dibelanjakan disebabkan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun peruntukan itu akan digunakan untuk menyambung dan meneruskan projek-projek pembangunan yang tergendala itu pada tahun hadapan.

“Bajet 2021 itu sedang digunakan tetapi ada juga projek yang tidak dapat dilaksanakan penuh kerana pandemik Covid-19, jadi projek itu akan bersambung pada tahun 2022.

“Tidak ada projek yang akan dihentikan, semuanya akan disambung semula pada tahun 2022, cuma projek yang baharu akan dikira sebagai projek baharu tahun 2022,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya