HomeUtamaOperasi sekolah antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Operasi sekolah antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Read Time:1 Minute, 6 Second

BERNAMA

CYBERJAYA : Perkembangan terkini operasi sekolah sejak pembukaan secara berperingkat dijangka dibangkitkan dalam Waktu Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu diajukan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) kepada Menteri Pendidikan yang bertanyakan mengenai penerimaan guru, murid dan ibu bapa secara umum mengenai pembukaan sekolah.

Turut terkandung dalam sesi itu soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenai tindakan kerajaan bagi menurunkan harga barang dan meminta punca pihak berkuasa gagal, berdepan ledakan harga ini.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika sesi soal jawab lisan mengenai inisiatif dan pertimbangan kementerian menyediakan skim insurans sebagai bantuan kewangan kepada warga emas, bagi menampung kos sara hidup mereka pada masa depan.

Selepas sesi itu, persidangan diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, diikuti Kementerian Kerja Raya.

Semalam, sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa membabitkan Kementerian Belia dan Sukan dengan Dewan Rakyat meluluskan peruntukan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 sebanyak RM622,025,400 dan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM1,120,915,300 yang diperuntuk kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dalam Bajet 2022 diluluskan dengan lebih suara menyokong.

Dewan Rakyat bersidang hingga 16 Disember ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri memperuntukan RM50.9 juta subsidi ICPT untuk pengguna elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular