HomeUtamaSPRM tahan pengurus besar Agensi kerajaan Negeri

SPRM tahan pengurus besar Agensi kerajaan Negeri

Read Time:34 Second

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan di negeri ini kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM8,000.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 9 pagi semalam oleh SPRM Cawangan Tawau.

Menurut Berita Harian, suspek berkenaan menggunakan kedudukannya untuk meluluskan baucar bayaran pada tahun 2018, sedangkan tugas itu dilakukan suspek sendiri

Difahamkan lelaki terbabit dilepaskan dengan bon jamin SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 23 (1), Akta SPRM 2009 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada Jumaat ini.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular