HomeUtamaNaik Taraf Jalan Mudahkan Urusan Logistik Usahawan Pasarkan Produk Perniagaan

Naik Taraf Jalan Mudahkan Urusan Logistik Usahawan Pasarkan Produk Perniagaan

Read Time:1 Minute, 27 Second

KENINGAU: Penaiktarafan jalan dari Sapulut ke Pekan Pagalungan seterusnya ke Pekan Pensiangan kini telah diusahakan dan sedang dalam pelaksanaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelaksanaan menaik taraf jalan berkenaan akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

“Apabila siap, kita akan menikmati jalan berturap yang lebih selesa dan selamat serta dapat memendekkan jarak perjalanan dari 3 jam kepada 1 jam.

“Pastinya kemudahan ini akan memudahkan urusan logistik semua peniaga kecil dan sederhana selain Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan juga pejabat AIM Cawangan Nabawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Sahabat AIM Cawangan Nabawan di sini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, beliau turut menyatakan komitmen untuk membantu usahawan perniagaan termasuk Sahabat AIM untuk menceburi perniagaan atas talian.

Katanya, antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakn termasuklah pembinaan 46 menara telekomunikasi yang baharu dan menaik taraf 44 menara sedia ada kepada rangkaian 4G.

“Kerja-kerja ini sedang dalam proses pelaksanaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2022.

“Saya percaya apabila menara ini siap sepenuhnya, kita akan dapat menikmati rangkaian telekomunikasi yang lebih baik serta akses kepada capaian internet yang lebih pantas.

“Pastinya nanti usahawan Sahabat AIM akan dapat bergiat dan bersaing di dalam arena ekonomi digital,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, untuk jangkamasa panjang, apabila Ibu Negara Indonesia berpindah ke Kalimantan, beliau menjangkakan masyarakat di Parlimen Pensiangan akan mendapat limpahan ekonomi apabila akses kepada Ibu Negara tersebut dibuka.

Namun katanya, persiapan awal haruslah dilakukan bermula sekarang termasuklah menyediakan infrastruktur yang baik, mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif, melahirkan para peniaga yang berdaya saing dan sebagainya.

“Persiapan-persiapan tersebut tidak mampu saya lakukan secara berseorangan. Sejujurnya saya memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan Parlimen Pensiangan tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular