HomeUtamaWarga Pendidik Disaran Terus Lebih Kreatif Guna Aplikasi ICT

Warga Pendidik Disaran Terus Lebih Kreatif Guna Aplikasi ICT

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Warga pendidik khususnya di Sabah disaran untuk terus dinamik dan lebih kreatif dalam menggunakan aplikasi ICT serta inovasi dalam pendidikan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ia selari dengan perkembangan dunia tanpa sempadan selain maklumat kini hanya boleh diperolehi dihujung jari.

“Kita maklum bahawa penggunaan teknologi ICT pada masa ini menjadi begitu dominan berbanding dengan kaedah konvensional.

“Kita juga boleh mengakses kepada apa-apa maklumat dengan hanya menggunakan hujung jari pada bila-bila masa dan di mana sahaja keberadaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketiak berucap merasmikan Majlis Apresiasi Oasis Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Sabah disini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Senator Noraini Idris.

Yakub berkata, perubahan dan inovasi kurikulum dalam bilik darjah juga harus terus bergerak seiring dengan peredaran zaman, keperluan atau cabaran semasa serta perkembangan teknologi ICT yang sedang berkembang pesat.

Katanya, keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah terletak sepenuhnya pada tangan guru-guru.

“Saya berkata sedemikian kerana perkara ini berkait rapat dengan kemahiran atau kompetensi guru dalam memenuhi kehendak serta keperluan pelajar yang berubah dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, di peringkat pentadbiran kerajaan berhubung ICT, kerajaan menyediakan Dasar Pelaksanaan Inisiatif ICT khusus untuk bidang pendidikan.

Katanya, inisiatif tersebut dibahagikan kepada dua iaitu ICT untuk Pengurusan dan Pentadbiran pendidikan yang meliputi semua program dan projek ICT sama ada di sekolah atau semua bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Inisiatif kedua pula, ICT untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Kategori ini adalah meliputi semua inisiatif ICT yang melibatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

“Kedua-dua Inisiatif itu telah, sedang dan akan sentiasa kita tambah baik mengikut keperluan semasa dalam usaha menyedia dan memudahkan aplikasi  guru-guru serta murid mencapai aspirasi inovasi dan inovatif pendidikan yang lebih mantap dan perkasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular