HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan Kes Di Sabah Terus Stabil

COVID-19 : Jangkitan Kes Di Sabah Terus Stabil

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus merekodkan trend penstabilan sejajar dengan jumlah kumulatif harian di seluruh negara hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes harian kumulatif di Sabah hari ini menurun sebanyak 29 kes berbanding semalam menjadikan jumlah terbaharu sebanyak 166 kes.

“Kota Kinabalu masih menjadi penyumbang tertinggi kes-kes baharu di Sabah dengan 41 kes, 7 kes lebih tinggi daripada sebelumnya.

“Ia diikuti Tuaran dengan 27 kes (-2), Papar 18 kes (+7), Ranau 14 kes (-2), Penampang 13 kes (-5) dan Putatan 11 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 14 daerah mencatat kurang daripada 10 kes baharu termasuk lapan daerah yang merekodkan 1 atau 2 kes baharu sahaja.

Katanya, tidak ada kes baharu di Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kota Marudu, Kunak, Nabawan dan Tongod.

“Seramai 161 orang daripada 166 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 5.

“Kes yang melibatkan dua pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya