HomeUtamaSawit Kinabalu Serah Pembayaran Dividen Interim Lebih RM14 Juta

Sawit Kinabalu Serah Pembayaran Dividen Interim Lebih RM14 Juta

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu menyerahkan pembayaran dividen interim ketiga kepada kerajaan negeri sebanyak RM14,448,000.

Pembayaran dividen interim itu disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong yang mewakili kerajaan negeri.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Seri Hajiji Noor pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu disini hari ini.

Sawit Kinabalu berjaya merekod keuntungan sebanyak RM333 juta sebelum cukai berbanding unjuran sebanyak RM131 juta iaitu yang tertinggi dalam sejarah sejak syarikat ini diperbadankan 25 tahun yang lalu.

Sementara itu, Bacho berkata melalui keuntungan yang diperolehi ini, Sawit Kinabalu akan membayar RM14,448,000 kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai dividen interim yang ketiga selepas pembayaran dividen bagi suku pertama dan kedua tahun 2021 iaitu sebanyak RM10,000,000 pada bulan September yang lalu.

Jumlah dividen yang dibayar sebanyak RM24.4 juta pada tahun ini adalah pertambahan kepada jumlah dividen sebanyak RM1.2 bilion yang telah dibayar kepada pihak Kerajaan Negeri sejak tahun 1996.

Turut berlangsung pada hari yang sama adalah acara Menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Hernan Corporation Sdn Bhd bagi projek kerjasama menjalankan penanaman buah durian.

MoU itu juga telah ditandatangani oleh Bacho dan Anna Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hernan Corporation Sdn Bhd.

Memorandum persefahaman yang dimeterai ini bertujuan membangunkan projek tanaman durian; termasuk pemasaran dan pengeksportan buah durian asli dan produk nilai tambah berasaskan durian ke pasaran domestik dan antarabangsa seperti Australia, China, Japan, Amerika Syarikat dan lain lain lagi.

Melalui kerjasama strategik ini, Hernan Corporation Sdn Bhd akan membantu Kumpulan Sawit Kinabalu dalam perkongsian maklumat dan kepakaran, penyelidikan dan teknologi untuk memastikan projek ini dapat memberi dan membuahkan pulangan yang lumayan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya