HomeUtamaSDK JAKIM Bantu 950 Asnaf & Golongan Terkesan COVID-19

SDK JAKIM Bantu 950 Asnaf & Golongan Terkesan COVID-19

Read Time:1 Minute, 35 Second

TAWAU: Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyantuni 950 orang asnaf dan golongan terkesan COVID-19.

Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM Ruslan Said berkata, sumbangan itu berupa bantuan bakul makanan dengan nilai keseluruhan RM85,000.

Katanya, ia disampaikan kepada golongan asnaf dan ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di Kalabakan, Merotai dan Pulau Sebatik serta Pulau Mabul Semporna.

“Selain golongan asnaf, kita juga menyumbang bantuan bakul makanan kepada pihak masjid di pulau-pulau di daerah Semporna dan  Tawau. 

“Kita berharap semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 ,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Musaadah Menyantuni Asnaf dan Penduduk di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai program terbabit, Ruslan berkata, ziarah ukhwah berkenaan merupakan antara program yang dirancang di bawah Bahagian Dakwah JAKIM bagi tahun 2021 dengan kerjasama Masjid Negara dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan yang berperanan mengenal pasti bentuk bantuan dan para penerima yang layak. 

“Antara lain program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara agensi agama khususnya JAKIM dengan kerjasama Government-Linked Companies (GLCs) bersama masyarakat setempat.

“Program ini merupakan anjuran JAKIM bersama wakil-wakil tetap SKD antaranya, Lembaga Tabung Haji, Pos Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Malaysia Airlines System (MAS) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

“Program seumpama ini bersesuaian dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah melancarkan Skuad Musaadah Keluarga Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya pada 7 Disember lalu, memandangkan  negara dan rakyat masih berada dalam pandemik COVID-19 ,” katanya.

Program Ziarah Musaadah tersebut diserikan dengan pengisian rohani oleh wakil Syarikat MAS, PU Rozi  melalui slot kuliah maghrib yang disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi JAKIM, selain Imam Besar Masjid Negara,  Ehsan Mohd Hosni.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular