HomeUtamaSabah,Pulau Pinang Cadang Wujudkan Bandaraya Persahabatan

Sabah,Pulau Pinang Cadang Wujudkan Bandaraya Persahabatan

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dan Pulau Pinang bercadang untuk mewujudkan hubungan Bandaraya Persahabatan bagi mempromosikan industri pelancongan di kedua-dua negeri berkenaan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, berkata inisiatif itu dilihat sesuai dilaksanakan memandangkan Sabah dan Pulau Pinang kini berusaha membina semula dan mengukuhkan sektor pelancongan masing-masing.

“Memandangkan kedua-dua negeri mempunyai lapangan terbang antarabangsa paling sibuk, inisiatif sebegini merupakan pendekatan strategik untuk membantu membawa masuk lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa di samping meningkatkan pendapatan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas delegasi yang diketuai Joniston mengadakan pertemuan dengan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang (PETACE) Yeoh Soon Hin di Pulau Pinang.

Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan potensi mewujudkan Bandaraya Persahabatan antara Kota Kinabalu dan George Town.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Pemasaran Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Tay Shu Lan, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang, dan pegawai penyelaras PETACE, Grace Teoh.

Sabah dan Pulau Pinang dihubungkan melalui laluan udara dengan Air Asia mengendalikan penerbangan dua kali sehari dan Malaysia Airlines mengendalikam penerbangan empat kali seminggu.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, kedua-dua negeri itu menawarkan produk destinasi pelancongan berbeza, dimana ia boleh saling membantu mempromosikan oleh rakyat dan pelancong masing-masing.

“Walaupun kita mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Sabah, kita juga menggalakkan mereka untuk melawat ke negeri-negeri yang lain.

“Pelancong yang datang ke Sabah untuk melihat budaya unik dan menikmati pulau-pulau yang cantik, kekayaan hidupan marin, kehijauan alam semula jadi, dan hidupan liar terancam yang hanya terdapat di Borneo.

“Mereka boleh terbang ke Pulau Pinang dengan mudah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk melihat tempat-tempat menarik di sana seperti seni jalanan, bangunan warisan, serta merasai makanan tempatan. Pelancong kemudian boleh pergi ke negeri-negeri yang lain,” katanya.

Beliau berkata inisiatif Bandaraya Persahabatan itu juga mampu meningkatkan hubungan kedua-dua kerajaan, sambil menambah lawatan suai kenal media boleh dianjurkan untuk membantu mempromosikan Sabah dan Pulau Pinang.

“Saya berharap untuk bertemu dengan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dalam masa terdekat untuk membincangkan cadangan ini dengan lebih lanjut,” kata Joniston.

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular