HomeUtamaTun Juhar Mahu UMS Terus Beri Khidmat Terbaik Kepada Rakyat Sabah

Tun Juhar Mahu UMS Terus Beri Khidmat Terbaik Kepada Rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) diharap akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat khususnya di Sabah melalui penyelidikan dan inovasi.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, ia bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat Sabah dapat terus dipertingkatkan.

Katanya,beberapa projek inovasi yang memberikan kesan langsung kepada usaha memperbaiki taraf hidup rakyat telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini yang merupakan  hasil kolaborasi UMS dengan pelbagai agensi Kerajaan yang berkaitan. 

“Antaranya projek inovasi membekalkan air graviti bersih kepada penduduk luar bandar di Kampung Sapatalang di Pitas, Kudat dan Kampung Rungus Nahaba di Kiulu, Tuaran.

“UMS juga terlibat dalam projek mewujudkan Pusat Pengkomposan Komuniti Kundasang untuk membantu petani di kawasan tanah tinggi menguruskan sisa sayuran melalui kaedah pengkomposan bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar serta memastikan kelestarian alam sekitar terus dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perisytiharan Konvokesyen UMS Ke-23 Tahun 2021 secaya maya disini hari ini.

Katanya yang juga Canselor UMS berkata, beliau yakin akan ada lebih banyak lagi aktiviti, program atau projek yang bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat akan dilaksanakan pada masa hadapan oleh pensyarah, penyelidik dan pelajar UMS.

Sementara itu Tun Juhar berkata, komitmen UMS dalam membantu Kerajaan Negeri Sabah meningkatkan kadar imunisasi terserlah apabila Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT-UMS yang pada mulanya disasarkan untuk memberikan sebanyak satu ribu dos vaksin sehari telah mencatat rekod tertinggi sebanyak 3,840 dos vaksin pada 4 Ogos lalu.

“Sukacita saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sumbangan dana sebanyak RM1.5 juta bagi membiayai operasi PPV IPT-UMS.

“Dana tersebut menyerlahkan lagi kerjasama baik yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri dan UMS,  selain membuktikan kepercayaan Kerajaan Negeri terhadap keupayaan UMS untuk memberikan sumbangan dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Saya berharap agar UMS dan Kerajaan Negeri Sabah akan terus berganding bahu serta saling membantu dalam usaha memakmurkan rakyat dan memajukan Sabah yang kita cintai,” katanya.

Terdahulu, seramai 4,229 orang graduan yang bakal menerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Diploma Pascasiswazah, Ijazah Doktor Perubatan, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma pada konvonkesyen berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya