HomeUtamaSSB Digesa Untuk Meneruskan Prestasi Yang Baik

SSB Digesa Untuk Meneruskan Prestasi Yang Baik

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Sabah Softwoods Berhad (SSB) diberikan pujian kerana terus mengaut pulangan dan keuntungan yang akan membantu Kerajaan Negeri melalui Yayasan Sabah melaksanakan rancangan untuk kepentingan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa Ahli Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan SSB untuk meneruskan kerja baik mereka untuk mencapai keputusan yang lebih tinggi melalui kawalan kos, kepelbagaian pasaran dan yang lebih penting adalah menerokai sesuatu yang baharu untuk meningkatkan lagi prestasi.

“Saya berharap berharap SSB akan memanfaatkan peluang daripada Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia Timur (FEPO) yang dilancarkan oleh Bursa Malaysia Derivatives Bhd (BMD) pada awal Oktober lalu.

“Ini petanda yang baik untuk pembangunan masa depan industri minyak sawit dan saya menjangkakan bahawa FEPO akan memainkan peranan penting dalam pembangunan masa depan industri minyak sawit di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Sabah Softwoods Berhad di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, lebih banyak perniagaan dan peluang pekerjaan di sepanjang rantaian bekalan industri minyak sawit, seperti pengangkutan, kemudahan penyimpanan, ukur kualiti dan aktiviti hiliran lain dan di peringkat global dijangka diwujudkan dengan FEPO.

Katanya, FEPO yang akan didagangkan oleh peserta antarabangsa, boleh berfungsi sebagai platform pemasaran untuk mempromosikan produk berkaitan sawit Sabah dan menarik pelaburan langsung asing.

“Dengan pengeluaran negeri sebanyak 4.65 juta tan metrik minyak sawit mentah pada tahun 2020, Sabah kini menduduki tempat sebagai negeri pengeluar minyak sawit terbesar mewakili 24 peratus bahagian pasaran dari segi pengeluaran nasional,” katanya.

SSB menyasarkan untuk mengutip RM90.9 juta anggaran keuntungan pada tahun 2022 berdasarkan harga purata minyak sawit mentah (CPO) RM3,500 satu tan metrik tetapi keuntungan boleh melebihi RM100 juta sekali lagi seperti pada tahun 2021, jika purata harga CPO melepasi RM3,500.

Sebanyak 70 peratus di miliki oleh Innoprise Corporation Sdn Bhd, cabang pelaburan dan syarikat induk Yayasan Sabah, perniagaan teras SSB termasuklah kayu, kelapa sawit, pengilangan dan pengeluaran serpihan/serbuk kayu.

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular