HomeUtamaAhli PPK Terkesan Banjir Terima Bantuan MAFI Prihatin

Ahli PPK Terkesan Banjir Terima Bantuan MAFI Prihatin

Read Time:2 Minute, 0 Second

HULU LANGAT : Lebih 200 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Langat yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini menerima bantuan MAFI Prihatin.

Bantuan itu disampaikan sendiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika mengadakan lawatan ke PPK Hulu Langat semalam.

Dr. Ronald berkata, kementeriannya sedang membuat penilaian bagi mengenal pasti kerosakan dan jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh golongan sasar yang terkesan bagi menyediakan bantuan yang sewajarnya termasuk kepada PPK seluruh negara serta ahli-ahli peladang.

Katanya, kementeriannya melalui Jabatan dan Agensi di bawah juga telah menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh mangsa musibah banjir ini.

“Ini termasuk Bantuan Bekalan Makanan yang meliputi bantuan barangan makanan keperluan asas seperti beras, tepung, tin sardin, susu, minyak, telur dan sebagainya.

“Bantuan Kilat juga diberikan kepada keluarga para nelayan yang terkesan bagi meringankan beban mereka,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Tambah Dr. Ronald, Kerajaan sememangnya amat prihatin dengan mangsa banjir di seluruh negara dan setakat ini telah menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM200 juta sebagaimana yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam usaha menangani impak banjir.

“Di bawah MAFI juga terdapat bantuan yang diberikan mengikut jenis tanaman iaitu tanaman padi dan tanaman agromakanan bertujuan membantu meringankan beban yang dialami oleh petani yang terkesan akibat bencana alam,” katanya.

Sementara itu, Dr Ronald berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM80 juta bagi tempoh RMKe-12 di bawah Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA).

Katanya, PPSPA ini adalah bertujuan membantu meringankan bebanan kumpulan sasar yang terkesan akibat daripada bencana alam di mana bantuan meliputi input pertanian, peralatan, mesin dan bantuan lain yang bersesuaian.

“Manakala, di bawah Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) peruntukan sebanyak RM 12 juta diperuntukkan untuk membantu para petani yang mengalami kerosakan akibat bencana alam.

“RM 10 juta daripadanya disumbangkan oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) manakala Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) juga menyumbangkan dana sebanyak RM2 juta.

Sementara itu, MAFI bersama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga telah mengadakan aktiviti pembersihan bersama Kelab Sukan Dan Rekreasi (KSR) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Selangor dan skuad AKRAB MAFI.

MAFI juga telah membuka Bilik Gerakan Banjir dan menggerakkan operasi di semua peringkat bagi membantu warga petani, peladang, penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Bilik Gerakan Banjir MAFI boleh di hubungi di talian 03-8870 1664/1491 atau emel [email protected] untuk mendapatkan maklumat berkaitan pembukaan dan pengoperasian bilik gerakan bantuan banjir untuk sektor pertanian dan industri makanan.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

U Mobile lancar kedai pertama di Sabah, perkukuh kehadirannya di Malaysia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya