Dakwaan Ramalan Taufan & Tsunami Ke Borneo Palsu

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan maklumat berhubung ramalan taufan dan tsunami berkelajuan 150 hingga 200 kilometer sejam yang didakwa sedang menuju ke Borneo yang kini turut tular di pelbagai platform media sosial.

Dalam satu kenyataan, MET Malaysia menyatakan maklumat berkenaan dikasifikasikan sebagai maklumat palsu.

“MET Malaysia juga mengesan penyalahgunaan gambar satelit dan logo MET Malaysia bagi menyokong kenyataan yang TIDAK BENAR dan boleh menimbulkan panik di kalangan orang awam.

“MET Malaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata kenyataan itu.

Orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca serta maklumat gempa bumi dan amaran tsunami melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia.

Kenyataan itu turut berkata, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

“MET Malaysia menyarankan agar semua pihak menghentikan penyebaran maklumat palsu seperti di atas,” katanya kenyataan itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *