Sabah Contoh Terbaik Konsep Keluarga Malaysia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Sabah merupakan contoh terbaik dalam acuan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, amalan bersatu, bekerjasama serta saling hormat-menghormati dalam kalangan kepelbagaian etnik dan anutan agama sudah menjadi budaya rakyat di negeri ini sejak sekian lama.

“Keistimewaan rakyat di negeri ini ialah walaupun berbeza fahaman politik, pelbagai kaum dan anutan agama namun mereka masih mampu hidup sekampung dengan suasana harmoni tanpa sebarang perasangka.

“Ini adalah contoh terbaik (bentuk) masyarakat sebagaimana diimpikan dalam konsep Keluarga Malaysia.

“Inilah yang kita warisi daripada nenek moyang dan inilah kualiti rakyat Sabah yang amat sukar berlaku di negeri lain di Malaysia. Kita perlu terus memperkasa perpaduan sedia ada dengan mempertahankan amalan yang sedia ada dalam rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Mersa Krismas, di sini semalam.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, konsep Keluarga Malaysia juga menekankan menyemai budaya integriti dalam keluarga,

“Secara tidak langsung ia akan menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga sekali gus menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga,” katanya.

Nilai lain ialah menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga, menyuburkan budaya komunikasi berhemah dalam kalangan keluarga dan masyarakat serta membina akhlak mulia seluruh anggota keluarga.

Yakub berkata, program yang dianjurkan mala mini sangat bertepatan dengan konsep ini selain menghulurkan sumbangan kepada badan-badan keagamaan bagi dalam menyambut perayaan Hari Natal yang bakal menjelang tiba.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *