HomeUtamaKegiatan Bom Ikan Digagalkan

Kegiatan Bom Ikan Digagalkan

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan kegiatan mengebom ikan di perairan Tanjung Wokong disini sekitar jam 11 malam, semalam.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bot ronda maritim yang sedang dalam rutin operasi telah mengesan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan di sekitar perairan berkenaan.

“Menyedari kehadiran bot ronda maritim, dua lelaki yang berada di bot pam tersebut nekad terjun ke laut dan berenang ke daratan berhampiran bagi mengelak daripada diperiksa serta ditahan oleh anggota Maritim Malaysia.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan menemui beberapa fius pembakar, kotak mancis dan beberapa peralatan disyaki digunakan bagi tujuan mengebom ikan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohd Rosli berkata, pemeriksaan forensik ke atas perut ikan yang terdapat di atas bot terbabit mendapati organ dalaman ikan tersebut hancur disyaki disebabkan impak daripada aktiviti mengebom.

Katanya, pam bot, hasil tangkapan serta peralatan mengebom ikan dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia mengingatkan kepada mana-mana pihak yang melakukan aktiviti mengebom ikan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26 (menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya) Akta Perikanan 1985.

“Dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda di bawah seksyen 25(A) dan (B) akta yang sama yang boleh membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi warganegara, manakala bagi rakyat negara asing, denda tidak melebihi RM 6 juta bagi tekong dan RM600,000 bagi setiap kru,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular