HomeUtamaSesi Persekolahan Penggal 3 2021/22 Ditangguh Satu Minggu

Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/22 Ditangguh Satu Minggu

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Sesi persekolahan bagi penggal 3 2021/2022 yang sepatutnya bermula pada 2 dan 3 Januari depan ditangguhkan satu minggu susulan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri ketika ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan itu diambil kira susulan bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.

Susulan itu, Radzi berkata, tarikh baharu sesi persekolahan akan bermula pada 9 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan A dan pada 10 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan B.

Negeri yang berada di Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B ialah Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Radzi berkata, sehingga 24 Disember lalu, terdapat 475 buah institusi pendidikan di seluruh negara dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ditenggelami air.

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru, murid dan ibu bapa yang terkesan akibat banjir.

“Ketetapan penangguhan ini melibatkan semua institusi pendidikan bawah KPM dan semua sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan.

“Manakala, pengoperasian bagi sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat adalah mengikut kalendar persekolahan masing-masing. Bagi tadika yang berdaftar bawah KPM, pengoperasian dibenarkan mulai 2 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan B,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Institusi pendidikan bawah KPM adalah merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru.

KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular