HomeUtamaLuruan Monsun Dijangka Berterusan Sehingga 3 Januari 2022

Luruan Monsun Dijangka Berterusan Sehingga 3 Januari 2022

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Luruan monsun yang sedang melanda negara ketika ini dijangka akan berterusan sehingga 3 Januari 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD-WRF); Pusat Eropah untuk Ramalan Cuaca Julat Sederhana (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

Katanya, pada masa yang sama terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah sehingga 2 Januari depan dan barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember ini, manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember hingga 3 Januari depan.

“Angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung, utara Sarawak dan Sabah pula diramal berterusan sehingga 2 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Muhammad Helmi berkata, orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.

Menurutnya, Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari dan mengeluarkan amaran hujan berterusan serta amaran ribut petir apabila keadaan perlu.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular