HomeUtamaPenduduk Dinasihatkan Supaya Berwaspada Apabila Hujan Lebat Melanda - Jeffrey Kitingan

Penduduk Dinasihatkan Supaya Berwaspada Apabila Hujan Lebat Melanda – Jeffrey Kitingan

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diarah supaya memastikan semua longkang monsun di Pantai Timur Sabah tidak tersumbat dan mampu menyalurkan air hujan dengan lancar dari kawasan bandar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ini sebagai persediaan menghadapi hujan lebih lebat daripada biasa yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi (MET).

“Hampir selalu, air hujan tidak dapat keluar dengan cepat di kawasan bandar kerana longkang tersumbat.

“Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, kebiasaannya ialah longkang yang dibina dengan teruk dan sentiasa menjadi tempat pembuangan sampah.

“Tetapi sekarang bukan masanya untuk menuding jari, apa yang lebih penting ialah kita bersedia untuk menghadapi keadaan yang terburuk,” tegasnya.

Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan, menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan rendah supaya berwaspada dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di beberapa negeri semenanjung Malaysia, di mana kawasan jarang banjir ditenggelami air sehingga 12 kaki.

“Jika boleh, buat perancangan sekarang untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi, terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir. Ingat bahawa walaupun harta boleh diganti, nyawa tidak,” ujar Jeffrey lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya