HomeSukanTiga Pemain Kebangsaan Akan Sertai Latihan Bersama Sabah FC

Tiga Pemain Kebangsaan Akan Sertai Latihan Bersama Sabah FC

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Tiga pemain kebangsaan dijangka akan menjalani sesi latihan bersama skuad Sabah FC pada 10 Januari depan.

Mereka ialah Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan dan Rizal Ghazali yang sebelum ini telah menandatangi kontrak bersama pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Ketiga-tiga pemain itu diberikan tempoh rehat lebih panjang selepas menyertai pasukan kebangsaan dalam Piala AFF Suzuki di Singapura baru-baru ini.

“Hari ini (semalam) merupakan sesi latihan pertama.  Kita ada tiga fasa untuk bersiap sedia menghadapi latihan pra musim. Apa yang penting ini adalah persiapan rapi untuk kita menghadapi Liga Malaysia musim hadapan.

“Kita yakin dengan kehadiran tiga pemain itu nanti akan memperkukuhkan lagi kekuatan Sabah FC. Kita jangka mereka sampai pada 10 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan media semasa sesi latihan pertama Sabah FC disini semalam.

Kim Swee berkata, Sabah FC akan memulakan latihan secara berperingkat-peringkat bagi menyesuaikan peranan serta menyusun semula posisi dan keserasian semua pemain.

“Dalam minggu pertama tidak banyak yang kita akan lakukan kecuali mendapatkan balik rentak agar semua pemain dapat bersama-sama bukan sahaja di dalam padang tetapi juga di luar padang,” katanya.

Seramai 20 pemain termasuk beberapa muka baharu yang berjaya diikat Sabah FC untuk musim depan hadir pada sesi latihan pertama di Padang Sintetik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular