HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan Terus Meningkat

COVID-19 : Jangkitan Terus Meningkat

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus meningkat dengan pertambahan 24 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif harian sebanyak 192 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak tujuh buah daerah mencatatkan kes dua angka pada hari ini.

“Pada hari ini tujuh daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 37 kes, Ranau 24 kes, Tuaran 20 kes, Penampang 17 kes, Putatan 17 kes, Kota Belud 14 kes dan Beaufort 10 kes.

“Sebanyak 16 daerah mencatatkan kes satu angka dan empat daerah mencatatkan sifar kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah Kota Kinabalu dan Ranau mencatatkan perubahan agak tinggi masing-masing dengan peningkatan sebanyak +16 kes dan +13 kes berbanding semalam.

Katanya, seramai 187 orang daripada 192 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, seorang orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit baharu dalam Kategori 5.

“Kes yang melibatkan dua pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular