HomeUtamaBanjir : Jumlah Mangsa Terus Meningkat, Lima Lagi PPS Dibuka

Banjir : Jumlah Mangsa Terus Meningkat, Lima Lagi PPS Dibuka

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,161 mangsa dengan pertambahan lima lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kota Marudu dan Telupid.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, secara keseluruhan sebanyak 14 buah PPS telah dibuka di lima buah daerah berikutan paras air banjir terus meningkat sejak semalam.

“Jumlah mangsa di Kota Marudu terus meningkat daripada 557 mangsa naik kepada 969 mangsa membabitkan 353 Ketua Isi Rumah (KIR) ditempatkan di tujuh PPS di daerah berkenaan.

“Sebanyak lima buah PPS baru dibuka di Kota Marudu iaitu di Bangunan Rukun Tetangga Salimandut; Dewan SM Advent Gihsen; SRA Damai dan Dewan Longob,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Katanya, sebuah PPS turut dibuka di Dewan Kampung Bauto Telupid bagi menempatkan seramai 16 mangsa banjir membabitkan tiga buah KIR.

Sementara itu, sebanyak 16 buah kampung terjejas ekoran banjir di daerah Telupid membabitkan Kampung Batangon Darat; Kampung Batangon Laut; Kampung Kabuluh; Sokoon; Kampung Simpangan; Kampung  Tebatu; Kampung Dalamas; Kampung Sungai Tangkarason; Kampung Musinggapu; Kampung Binsulung; Kampung Tolungan, Pamol; Kampung Tagas-Tagas; Kampung Basai; Kampung Tolungan; Kampung Puru Batu / Lakang dan Polis Tagas-Tagas.

Bagi daerah Kota Marudu, sebanyak 10 buah daerah terjejas banjir antaranya di Kampung Asin-Asin; Kampung Beliajung; Kampung Tingkalanon; Kampung Tongkungon; Kampung Taritipan; Kampung Morion; Kampung Tandek; Kampung Popok Laut;Kampung Radu dan Kampung Langkon.

Di daerah Telupid, sebanyak dua kampung terjejas iaitu di Kampung Rancangan Nangoh dan Kampung Bakong-Bakong manakala di Beluran di Kampung Balaban.

Bagi daerah, sebanyak dua buah kampung terjejas banjir iaitu di Kampung Lingkudau dan Kampung Matupang serta di Kampung Jaya Kinabatangan.

Walaubagaimanapun, dua daerah ini masih belum membuka sebarang PPS.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya