HomeUtamaBanjir : Keadaan Semakin Buruk, Enam Daerah Terjejas Dengan 1,249 Mangsa Dipindahkan...

Banjir : Keadaan Semakin Buruk, Enam Daerah Terjejas Dengan 1,249 Mangsa Dipindahkan Ke PPS

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Banjir yang melanda di beberapa buah daerah di negeri ini dilihat semakin buruk apabila jumlah mangsa terus bertambah seramai 1,249 orang setakat jam 4 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, sebuah Pusat Penempatan Sementara (PPS) turut dibuka di daerah Pitas iaitu di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Salimpodon dengan menempatkan 36 orang mangsa melibatkan 10 Ketua Isi Rumah (KIR).

Katanya, sehingga kini sebanyak enam daerah terjejas banjir iaitu di Kota Marudu; Paitan; Beluran; Telupid; Sandakan dan Pitas.

“Kota Marudu mencatat jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu seramai 1,019 orang melibatkan 376 keluarga telah dipindahkan di tujuh PPS berasingan.

“Di Paitan pula seramai 52 mangsa daripada 13 buah KIR di tempatkan di dua PPS dan Beluran seramai 38 mangsa membabitkan lapan buah KIR,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Katanya, bagi daerah Telupid, seramai 43 mangsa banjir ditempatkan di tiga PPS berasingan membabitkan lapan KIR dan Sandakan pula seramai 61 mangsa ditempatkan di sebuah PPS melibatkan 17 buah KIR.

Tambahnya lagi, Kota Marudu merupakan kawasan terjejas teruk banjir melibatkan 30 buah kampung terlibat.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya