HomeIsu tempatanBot Karam: Dua Beradik Meninggal Dunia, Satu Masih Hilang

Bot Karam: Dua Beradik Meninggal Dunia, Satu Masih Hilang

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TAWAU: Dua beradik berumur lima dan 15 tahun dijumpai meninggal dunia manakala seorang masih hilang dipercayai lemas dalam insiden bot karam di Kg Batu Payung, dekat sini pada Sabtu petang.

Dalam kejadian 6.45 petang Sabtu (1 Januari 2022), pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai satu kejadian bot karam di Kg Batu Payung kira-kira 24 kilometer jarak dari Balai Bomba Daerah Tawau.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara, hasil maklumat dari mangsa bot karam, kejadian berlaku semasa bot cuba berpatah balik dari Batu 4 Kg Rawa-Rawa ke Kg Batu Payung tetapi bot terbalik dan karam.

“Terdapat sembilan orang mangsa sekeluarga di mana enam orang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang kampung, dua orang mangsa telah dijumpai awal pagi tadi namun disahkan telah meninggal dunia manakala seorang mangsa masih belum dijumpai.

“Dua mangsa adik-beradik yang dijumpai oleh penduduk kampung namun meninggal dunia dikenali sebagai Saiful Muhaimin, 15, mangsa dijumpai di Perairan Tinagat pada jam 8.58 pagi manakala adiknya Jaidi Muhaimin ,5, dijumpai di pesisir pantai pada pada jam 6.30 pagi. Bagaimanapun mangsa ketiga dipercayai kakak kepada kedua-dua mangsa Rahena Muhaimin, 20, masih belum temui,” kata Misran.

Pasukan bomba bersama agensi bantuan terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 13 orang berserta dua buah bot, Polis Diraja Malaysia (PDRM) lima orang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) tujuh orang berserta sebuah bot, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) lima orang dan penduduk kampung berserta 20 buah bot.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan. Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular