HomeUtamaBanjir : Ismail Sabri Beri Jaminan Bantuan Segera Untuk Mangsa Di Sabah

Banjir : Ismail Sabri Beri Jaminan Bantuan Segera Untuk Mangsa Di Sabah

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bahawa bantuan kewangan untuk mangsa banjir di Sabah akan disalurkan dengan segera.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan segera dihantar dalam tempoh terdekat.

“Kita akan hantar bantuan itu dalam beberapa hari lagi. Apa yang penting keadaan di sana terkawal,”katanya.

Beliau memberi jaminan itu sebagai menjawab permintaan kerajaan negeri yang dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ketika mesyuarat khas pasukan petugas pengurusan bencana banjir monsun Timur Laut yang diadakan secara maya disini pagi tadi.

Ismail Sabri yang mempengerusikan mesyuarat khas itu diberikan taklimat oleh Hajiji mengenai situasi semasa banjir di Sabah.

Sehingga pagi tadi, enam daerah iaitu Kota Marudu, Pitas, Paitan, Ranau, Sandakan dan Telupid telah terjejas akibat banjir.

“Kita telah membuka 23 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah terjejas bagi menampung 874 keluarga yang membabitkan 2,435 orang mangsa banjir,” katanya.

Hajiji berkata semua agensi berkaitan yang diarahkan untuk membantu mangsa banjir telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Katanya,  setakat ini, katanya Sabah telah menerima sebanyak RM200,000 dan RM674,000 lagi diperlukan sebagai bantuan kewangan untuk setiap keluarga yang terjejas.

“Kerajaan Persekutuan mengumumkan setiap keluarga yang terjejas banjir akan diberi Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 dan pada masa sama, Kerajaan Negeri turut mengagihkan bakul makanan kepada mangsa.

“Jadi, ia adalah baik Kerajaan Persekutuan mempercepatkan penyaluran bantuan kewangan kepada Sabah,” katanya.

Hajiji memberitahu Perdana Menteri bahawa Kerajaan Negeri sedang menunggu laporan kerosakkan infrastruktur akibat banjir di semua daerah yang terjejas.

Beliau juga akan melawat ke daerah Kota Marudu, Pitas dan Paitan untuk meninjau keadaan banjir dan berjumpa dengan mangsa-mangsa banjir pada Rabu ini.

Turut hadir di mesyuarat tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai dan Pengarah Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ag Shahminan Datuk

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya