HomeUtamaCubaan Tujuh PATI Masuk Ke Sabah Digagalkan ATB 2

Cubaan Tujuh PATI Masuk Ke Sabah Digagalkan ATB 2

Read Time:1 Minute, 27 Second

TAWAU : Cubaan tujuh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia yang cuba menyusup masuk ke negara ini melalui perairan Tawau gagal selepas berjaya ditahan Tim Quick Reaction Force (QRF) di Kampung Kurnia Jaya, Tawau.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam semalam itu, tujuh PATI itu dikatakan masuk ke daerah ini dengan menaiki bot sebelum menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) ke terminal bas daerah itu.

“Tujuh PATI berusia antara 22 hingga 80 tahun itu ditahan ketika Tim QRF sedang melaksanakan rondaan Op Benteng Bersama dan menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung kehadiran PATI.

“Tim QRF telah berjaya mengesan kedudukan kenderaan tersebut dan bertindak mengekori kenderaan yang disyaki sehingga ke Terminal Bas Tawau bagi membuat pemeriksaan dan pengesahan PATI tersebut.

“Kenderaan yang membawa PATI tersebut telah bertindak menurunkan kesemua penumpang dan melarikan diri dengan memecut laju kenderaan bagi mengelakan diri dari ditahan selepas menyedari kehadiran Tim QRF,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Abdul Karim berkata, hasil pemeriksaan terhadap tujuh PATI mendapati kesemua mereka merupakan warganegara Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah cuba memasuki Malaysia bagi mendapatkan peluang pekerjaan di Sabah.

Katanya, kesemua PATI tersebut adalah lelaki dewasa yang ditemui bersama barang persendirian.

“Mereka dimaklumkan telah menaiki bot yang telah diaturkan oleh agen dari Pulau Sebatik menuju ke Tawau, dan seterusnya akan diambil oleh agen dari Tawau untuk terus dihantar ke Terminal Bas Tawau.

“Semua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tawau pada jam 2.30 pagi untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, kerjasama semua agensi penguatkuasaan ini jelas membuktikan sempadan negara dikawal dan ditangani secara serius  bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta sebarang ancaman keselamatan demi kedaulatan negara, khasnya di Pantai Timur Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular