HomeIsu tempatanDua Rentung, Tujuh Melecur Dalam Kebakaran Rumah Setinggan Di Tawau

Dua Rentung, Tujuh Melecur Dalam Kebakaran Rumah Setinggan Di Tawau

Read Time:52 Second

TAWAU: Dua rentung manakala tujuh lagi melecur dalam satu kebakaran rumah setinggan di Jalan Apas Batu 2 1/2 – Kg Sg Buaya dekat sini awal pagi tadi. (9 Jan)

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara, sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah malam tadi, pihak Bomba Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi Bomba melaporkan terdapat kira-kira 40 buah rumah setinggan telah musnah dijilat api di lokasi Jalan Apas Batu 2 1/2 – Kg Sg Buaya.

“Bagaimanapun, operasi pemadaman oleh pihak Bomba diteruskan menggunakan dua aliran 400′ 4 pancutan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka (parit).

“Semasa kejadian itu terdapat sembilan orang mangsa terlibat iaitu tujuh orang mengalami kecederaan (melecur) telah dihantar ke Hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba namun dua orang mangsa ditemui rentung oleh pasukan bomba pada jam 4:45 pagi,” kata kenyataan media itu.

Operasi terkawal pada jam 5.50 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular