HomeUtamaTiada Kes Jangkitan COVID-19 Dilaporkan Di PPS

Tiada Kes Jangkitan COVID-19 Dilaporkan Di PPS

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Tiada sebarang jangkitan COVID-19 dilaporkan di semua Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir di beberapa buah daerah di Sabah baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS.

“JKNS sentiasa memantau perkembangan pada setiap hari di semua PPS dan setakat ini kita belum menerima laporan berhubung jangkitan COVID-19 di PPS.

“Ini kerana sebelum masuk ke PPS, mereka akan disaring dan sekiranya ada bergejala seperti batuk, selsema mereka akan terus dibuat ujian jadi prosedur standard operasi (SOP) di PPS sangat ketat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Derma Darah dan Karnival Kesihatan 2022 disini semalam.

Dr Rose Nani berkata, mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS juga diarah untuk sentiasa berada diruangan penempatan yang disediakan bagi mengelak mangsa bergaul atau berkumpul dengan keluarga lain.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, Program Vaksinasi COVID-19 di Sabah masih dilaksanakan di beberapa buah klinik dan hospital kerajaan serta swasta di negeri ini.

Katanya, sebanyak 251 buah klinik dan hospital swasta serta kerajaan menyediakan perkhidmatan pemberian vaksin COVID-19 secara percuma

“Kita telah memaparkan senarai klinik dan hospital yang terlibat di media sosial Facebook JKNS dan juga laman web JKNS.

“Disamping itu, JKNS melalui Pejabat Daerah turut melaksanakan aktiviti jangkauan luar dan dibantu oleh sukarelawan bagi membantu melaksanakan aktiviti pemberian vaksin,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada semua rakyat di Sabah khususnya individu berusia 18 tahun keatas untuk mendapatkan dos penggalak yang turut diberikan secara percuma.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular